LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (GURU BIMBINGAN & KAUNSELING)

 

Tarikh : 23 Januari 2017 (Isnin)

Perasmian oleh : En. Mustaffa B. Hashim,

   Penolong Pegawai Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya.

Persembahan sketsa oleh : Ahli Pembimbing Rakan Sebaya

Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin SMK Teluk Bahang

Objektif program :

           Mengurangkan kes salahlaku disiplin di sekolah.

           Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berketrampilan.

           Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid.

           Memantapkan ciri kepimpinan murid.

           Menghargai murid-murid yang menunjukkan ciri peribadi yang cemerlang atau perubahan sikap         dari negatif kepada positif.

           Memberi peluang kepada murid untuk memilih murid contoh dalam kalangan mereka serta   membuat penilaian kendiri.

Anugerah penghargaan :

a)    Kategori ‘The Ultimate’ (murid cemerlang akademik, sahsiah dan kokurikulum dalam setiap penggal)

b)    Kategori ‘The Butterfly’ (murid yang berjaya meningkatkan sahsiah diri daripada negatif kepada positif)

c)     Kategori ‘The Ant’ (murid yang rajin, sopan dan sentiasa bekerjasama dalam melakukan tugasan di sekolah)

Sijil dan saguhati akan disampaikan tiga bulan sekali kepada murid terpilih.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat.

 

SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG.