LAPORAN OLEH: PN. FARAH AZZAHRA BINTI ISHAK (SU INSPIRASI AURA 2017)
Majlis Perlancaran Inspirasi Aura telah diadakan pada 13 Februari 2017 di Dataran Haji Abdul Malik. Matlamat utama Inspirasi Aura diperkenalkan pada tahun 2017 untuk menceriakan kelas seterusnya mengeratkan hubungan antara guru kelas dan murid-murid. Majlis Inspirasi Aura dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Pn Azrina Binti Mukhtar. Simbolik perasmian ialah penyerahan buku penilaian Inspirasi Aura kepada guru bertugas mingguan, Puan Fazilah Binti Muda dan Pn Farah Wahida Binti Hashim.
Inspirasi Aura ini dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berkeyakinan melalui kebersihan dan keceriaan kelas yang berkekalan kerana dapat menimbulkan semangat belajar yang lebih tinggi. Seterusnya, mengcungkil bakat dan kreativiti pelajar yang berusaha menceriakan kelas untuk menimbulkan semangat belajar, menambahkan motivasi ke sekolah dan membentuk jati diri pelajar kea rah pembangunan sahsiah.
Tema Inspirasi Aura 2017 ialah Kelas Pembelajaran Abad ke 21 yang akan berlangsung selama 26 minggu bermula 13 Februari 2017 hingga 31 Julai 2017. Guru bertugas mingguan akan melakukan penilaian dan pemantauan ke atas kelas berdasarkan 3 aspek penting iaitu kebersihan, kreativiti dan kondusif. Kelas yang mendapat markah tertinggi bagi 3 aspek akan diumumkan di majlis perhimpunan sekolah setiap minggu oleh guru bertugas mingguan. Hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan yang akan ditampalkan dalam kelas masing-masing dan juga trofi pusingan. Kelas yang memenangi Johan sebanyak 3 kali akan melayakkan diri untuk “Hadiah Misteri”
Kriteria Penilaian Inspirasi Aura seperti berikut :
Pintu Masuk Utama | Papan Kenyataan | Belakang Kelas |
ü Carta Organisasi ü Jadual Waktu ü Inventori Kelas ü Misi/Visi/Moto Sekolah ü Jadual Tugas ü PelanKedudukan Pelajar ü Pelan Laluan Kebakaran |
ü Senarai nama ü Moto Kelas ü Keputusan TOV/Ujian ü Info Kurikulum ü Info Kokurikulum ü Info Disiplin ü Info Bimbingan dan Kaunseling ü Info Semasa |
ü Info Subjek ü Sudut bacaan |
Inspirasi Aura diharapkan akan mendapat kerjasama dari semua guru kelas dan pelajar. Seterusnya, dapat menjana semangat kerjasama,sepunya dan bersaing secara sihat .