LAPORAN OLEH: EN. HAN KAW SEY (SU MERENTAS DESA)

 

Pada hari Jumaat, 3 Feb, 2017 yang lalu, Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah berlangsung. Acara larian ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang En Abdul Said Bin Hussain. Semua pelajar layak untuk menyertai acara ini bagi mewakili Rumah Sukan masing-masing.  


Empat pasukan rumah sukan telah bertanding dalam kejohanan ini dan pemenang tempat pertama telah dimenangi oleh  Rumah Delima dengan memperolehi mata sebanyak 352 mata, tempat kedua Rumah Zamrud dengan memperolehi mata sebanyak 341 mata, tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Nilam dengan memperolehi 319 mata, manakala Rumah Mutiara memperolehi sebanyak 131 mata.

 

Hadiah dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang En Abdul Said Bin Hussain, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Azrina Bt. Mukhtar dan Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Jamilah Bt Shaharom. Syabas dan tahniah kepada para pemenang, semua peserta dan semua guru yang telah menjayakan kejohanan merentas desa pada tahun ini. Majulah sukan untuk SMK Teluk Bahang.

 

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!