LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Kelab Pencegahan Jenayah

Bismillahirrahmanirrahim…

17 Jun 2015 – Ramadhan datang lagi; bulan yang penuh keberkatan, oleh itu pihak sekolah mengambil kesempatan untuk mengadakan satu majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan bagi menghebahkan pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang ramadhan khususnya untuk para pelajar dan warga guru-guru SMK Teluk Bahang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan ASP Mad Saad B. Hassan Ketua Balai Polis Teluk Bahang dan turut dihadiri oleh para pegawai polis Teluk Bahang. Dalam majlis tersebut Tuan ASP telah menyampaikan taklimat berkaitan pencegahan jenayah dalam kalangan remaja sekolah dan mengajak para pelajar agar sentiasa bekerjasama dengan pihak polis seterusnya mematuhi peraturan di jalan raya dan undang-undang keselamatan negara sekaligus merasmikan Program Ihya’ Ramadhan. Pihak sekolah berbesar hati menerima kunjungan para pegawai polis Teluk Bahang pada hari tersebut. Majlis perasmian diahiri dengan penyampaian cenderahati berbentuk makanan sunnah iaitu buah kurma sumbangan tuan pengetua yang turut diedarkan kepada semua guru-guru.

LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Asrama, Unit Pusat Sumber, Koperasi dan SPBT.

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

16 Jun 2015 – Pada tarikh tersebut telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Pemimpin Sekolah. Penglibatan peserta adalah seramai 110 orang yang terdiri daripada :

 

1. Pengawas Sekolah

2. Pengawas Asrama

3. Pembimbing Rakan Sebaya

4. Pengawas Koperasi

5. Pengawas Pusat Sumber

6. Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks

LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran : Badan Pengawas Sekolah dengan kerjasama Kelab IQRA SMK Teluk Bahang

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

29 Mei 2015 – Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah diadakan pada tarikh tersebut dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah dan Kelab IQRA SMK Teluk Bahang. Majlis dimulakan seawal jam 8 pagi dengan perarakan bunga manggar dan kompang yang mengiringi masuk semua barisan guru-guru dan YDP PIBG En. Abdul Majeed B. Mohd Shariff. Majlis diserikan dengan perutusan khas Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pelajaran yang disampaikan oleh En. Dzul Najmi dan En. Aizuddin seterusnya disusuli dengan Ucapan ketua Kelab IQRA Pn. Yazmira dan ucapan YDP PIBG serta ucapan Tuan Pengetua En. Abul Halim B. Hussin. Dalam majlis tersebut turut diadakan bacaan ikrar guru yang telah diketuai oleh En. Khairulfaizi dan nyanyian lagu “Guru Malaysia”.

LAPORAN OLEH: PN. WAN PARINA BT. WAN ISMAIL (Setiausaha PIBG)

 

Pada tanggal 25 Mei 2015 telah berlangsung Majlis Pelancaran Akbar NST yang bertempat di Dewan Makan Asrama SMK Teluk Bahang. ADUN Teluk Bahang iaitu YB Datuk Shah Headan bin Ayoob Hussain Shah telah sudi meluangkan masa berharga beliau untuk datang merasmikan majlis tersebut. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Sungai Rusa, SK Sungai Korok, SK Sungai Pinang, SK Teluk Bahang dan SMK Teluk Bahang.

Subcategories