KARNIVAL KOKURIKULUM 2015

SMK Teluk Bahang

Sabtu

23 Mei 2015

7.30 pg - 4.30 pg

LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

23 April 2015 – Satu pertandingan forum remaja telah diadakan di SMK Teluk Kumbar 2 melibatkan 11 buah sekolah dan SMK Teluk Bahang turut menghantar peserta seramai 4 orang dengan membawa tajuk “Keruntuhan Akhlak Remaja Masa Kini”. Mereka terdiri daripada Nurul Qistina Nabilah 4 Kolonel, Siti Nur Bahiyah 4 Brigadier, Nur Aini Farhana 3 Kolonel dan Nur Athirah Azman 3 Kolonel.

 

LAPORAN OLEH:  En. Dzul Najmi Bin Sirozi

15 Mac 2015 – Bertempat di SMK Teluk Bahang, satu latihan kebakaran telah diadakan di sekolah ini dengan kerjasama Balai Bomba Teluk Bahang.Tepat jam 1.15 petang, siren kecemasan dibunyikan oleh pihak sekolah menandakan bermulanya latihan kebakaran.

Beberapa staf sekolah telah ditugaskan untuk memulakan kebakaran olok-olok di Blok C. Selepas asap mula kelihatan di Blok C, siren terus dibunyikan. Semua pelajar SMKTBG termasuk guru-guru dan staf-staf mula bergerak ke padang sekolah mengikut pelan kecemasan.

LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Pengerusi Kelab IQRA 2015

 

Yang Diraikan Tuan Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh Dan Pk Hem Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff.

Anjuran : Kelab IQRA SMK Teluk Bahang 2015 dengan kerjasama PIBG sekolah.

 

  

Pada 3 April 2015 yang lalu satu majlis telah diadakan bagi meraikan pertukaran Tuan Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh ke SMK Raja Tun Uda dan PK HEM Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff yang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan masuk barisan pentadbir yang diraikan bersama-sama paluan kompang dan bunga manggar daripada para pelajar Pemimbing Rakan Sebaya dan pasukan nasyid asrama.

Subcategories