LAPORAN OLEH: PN. NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

PERASMIAN OLEH : SETIAUSAHA ADUN TELUK BAHANG, EN. ALI B. MD ZAIN

 Pada hari Jumaat 27 Mac 2015 yang lalu, SMK Teluk Bahang telah mengadakan Mesyuarat Agung  Tahunan PIBG kali ke-9 2015 yang bermula pada 3.00 petang dan bertempat di Bilik Persidangan SMK Teluk Bahang. Sejumlah lebih 90 orang ibu bapa dan guru-guru telah hadir ke mesyuarat tersebut.

Laporan oleh : Pn Norita Naijan (Setiausaha II Sekolah Bersama PDRM 2015)

 

 Tarikh              : 4 Mac 2015 (Rabu)

 Masa                : 8.00 pagi hingga 6.30 petang

 Tempat           : Asrama SMK Teluk Bahang dan Dataran Tn Haji Abdul Malek

 

 

Tanggal 4 Mac 2015 yang lalu, sekali lagi SMK Teluk Bahang tercinta kita selaku tuan rumah berjaya mengadakan program gilang gemilang “Sekolah bersama PDRM”. Program yang dianjurkan oleh Balai Polis Barat Daya itu telah disempurnakan oleh YDH Senior DCP Dato’ Wira Abd. Rahim bin Haji Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Dato’ Osman bin Hussain, YDH Sac Nasir bin Salleh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ketua Balai Barat Daya , Superintenden Lai Fah Hin, Pegawai Pejabat Pendidikan Barat Daya En Rusli bin Hashim dan YDP PIBG En Abdul Majeed bin Sharif. Program ini juga turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membawa bersama mereka 25 orang kanak-kanak kurang upaya, sindrom down dan lembam. Turut meramaikan majlis ini ialah murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Teluk Bahang.

 

LAPORAN OLEH: NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

PROGRAM MEMBANTU RAKYAT (MEMBARA) 2015

TEMA : HALUAN PEWARIS

ANJURAN : JASA PULAU PINANG dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Bahang

 

 

13 Februari 2015 – Program MEMBARA adalah satu program motivasi berbentuk seminar yang berfokuskan kepada akademik dan halatuju murid dalam kerjaya masa depan. Program ini melibatkan seramai 400 murid Tingkatan satu hingga tiga dan telah diadakan di Dewan Persidangan.

Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak PPD Barat Daya iaitu En. Mustafa B. Hashim, Penolong Pegawai Bimbingan dan Kaunseing, Daerah Barat Daya dan tidak lupa juga terima kasih kepada Pengerusi PIBG sekolah En. Abdul Majeed B. Mohd Shariff kerana turut sudi hadir dalam program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah dan bengkel.

LAPORAN OLEH: NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Bismillahirrahmanirrahim…

4 Februari 2015 – Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput seorang penceramah motivasi daripada Ultimate Success Consulant iaitu Ustaz Rosman Rosdi bagi berkongsi dan menyampaikan ilmu dengan tajuk “Do Better : Achieve Your Goal”. Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Antara tips yang dikongsikan untuk mencapai impian adalah DUIT ; Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal. Prinsip-prinsip positif dalam hidup juga ditekankan dalam ceramah beliau selain menekankan tentang akhlak sebagai muslim yang bijak menjaga diri daripada terpengaruh dengan budaya dan gejala yang tidak sihat. Komunikasi secara dua hala amat membantu para pelajar untuk berinteraksi dengan lebih dekat dan selesa dengan penceramah.

Subcategories