LAPORAN OLEH:

PN. FARAH WAHIDA BT. HASHIM  (PENGURUS KEJOHANAN)
PN. NOOR HAFIZAH BT. MOHAMAD (SU SUKAN)

 

Kejohanan Merentas Desa Kali ke-14 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Februari 2015 (Jumaat).Pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh menjayakan kejohanan ini.

Sebelum merentas desa dimulakan, pelajar melakukan "Tarian Zumba" yang dikendalikan oleh Penyelaras Sukan En. Ashwin. Pentadbir dan semua guru turut serta dalam menjayakan kejohanan ini dan turut hadir tetamu kehormat dalam menyerikan kejohanan ini En. Abd. Majeed Bin Mohd Sheriff pengerusi PIBG.

LAPORAN OLEH: NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 Bismillahirrahmanirrahim…

 13 Januari 2015 – Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengambil kesempatan untuk mengadakan satu slot motivasi untuk semua pelajar asrama dan telah disampaikan oleh guru Kaunseling Cik Noor Yazmira Bt. Ismail dengan tajuk : “Saya Pelajar Hebat”. Para pelajar didedahkan dengan adab-adab menyambut rakan-rakan asrama yang baru khususnya pelajar asrama tingkatan satu dan diselitkan dengan nasihat-nasihat kepada pelajar tingkatan satu agar bijak menguruskan diri dan masa dengan betul di asrama. Selain itu penerapan nilai-nilai cinta kepada Allah, ibu bapa dan rakan-rakan turut diselitkan agar dapat melahirkan para pelajar asrama yang berakhlak mulia. Terima kasih kepada ketua warden Ustaz Rusdi, warden-warden asrama Ustaz Irsaili dan Cik Nasarah dan tidak lupa Ustazah Adillah yang turut membantu. Semoga Asrama SMK Teluk Bahang berterusan berjaya melahirkan para pelajar yang hebat. InsyaAllah.

LAPORAN OLEH NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 Bismillahirrahmanirrahim…

 12 & 13 Januari 2015 – Bagi mengalu-alukan kedatangan semua pelajar-pelajar baru Tingkatan 1, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu program orientasi bertujuan untuk memperkenalkan sekolah dan mendedahkan pelajar dengan pelbagai maklumat berkaitan SMK Teluk Bahang. Seramai 102 orang pelajar terlibat sepanjang dua hari program tersebut dibawah bimbingan Cik Noor Yazmira Bt. Ismail. Para pelajar didedahkan dengan lagu sekolah dan lagu KRS, mendengar taklimat daripada Unit HEM dan Lembaga Disiplin, taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah, taklimat Kokurikulum, taklimat kesihatan dan Sistem Maklumat Murid serta taklimat daripada Unit Kaunseling tentang khidmat-khidmat yang disediakan oleh guru-guru kaunseling.

 LAPORAN OLEH: USTAZ SIROJ BIN ABDUL LATHIFF (PK HEM)

  

“Melangkah Masuk Bersama Seribu Harapan,

Melangkah Keluar Bersama Seribu Kejayaan”

 

 

Tarikh 11 Januari 2015 menjadi tarikh keramat bagi murid-murid Tingkatan 1 yang akan mengikuti sesi persekolahan bagi tahun 2015. Seawal pukul 7.45 pagi ruangan sekolah dipenuhi dengan kehadiran Ibu bapa dan anak-anak murid yang bakal meneruskan pelajaran di sekolah menengah. Murid-murid Tingkatan 1 begitu bersemangat dan teruja untuk memulakan sesi persekolahan di alam sekolah menengah. Semua murid nampak segak, kemas dan berdisiplin dengan pakaian seragam sekolah yang lengkap. Ibu bapa yang hadir membawa bersama seribu impian dan harapan agar anak-anak mereka bakal mencipta kejayaan di SMK Teluk Bahang.

Subcategories