Breadcrumbs

 

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

2-3 Januari 2014 – Selama dua hari Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program orientasi kepada semua pelajar tingkatan satu dan empat. Program ini telah dikendalikan oleh Pn. Hanita dan Cik Yazmira; Guru Bimbingan dan Kaunseling. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

1 Januari 2014 – Sebagai persediaan awal sebelum hari pertama persekolahan satu taklimat telah disampaikan oleh Tuan pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh kepada semua waris dan penjaga para pelajar tingkatan satu. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi di surau SMK Teluk Bahang. Turut hadir bersama PK HEM Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff dan beberapa guru yang bertugas pada hari tersebut. Kemeriahan pada hari tersebut dapat dirasai kerana tarikh ini juga merupakan tarikh pendaftaran pelajar asrama. Taklimat berkaitan peraturan asrama telah disampaikan oleh ketua warden En. Khairulfaizi. Pemberian buku teks turut dilakukan oleh guru SPBT Pn. Norallia bersama pengawas-pengawas SPBT. SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM KALI INI.

“SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2014”

 

 


 

GALERI GAMBAR KESELURUHAN KLIK DI SINI>>>best!!.


Pelancaran GPS dan PBS Cemerlang 2012

 

 

Pada hari khamis 16 Feb 2012, Pelancaran GPS dan PBS Cemerlang Tingkatan 3 dan 5 dengan jayanya telah diadakan di bilik persidangan SMK Teluk Bahang.
Majlis dihadiri oleh guru-guru, waris pelajar tingkatan 3 & 5, pihak PIBG serta pengerusi masjid bagi mendengar sesi taklimat mengenai isu GPS dan PBS yang menjadi keutamaan pihak SMK Teluk Bahang bagi memartabatkan sistem pendidikan yang cemerlang.

Majlis bermula pada pukul 8.30 malam dengan bacaan doa,slot ucapan pengerusi PIBG, dan sesi taklimat GPS dan PBS yang telah disampaikan oleh PK Pentadbiran Puan Zaleha Binti Abdul Rahman.

Pelbagai pandangan ibu bapa dan guru-guru dilontarkan dan dikongsi bersama bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan perkara tersebut dan akhir sekali slot pengisian borang  kajian selidik diadakan kepada ibu-bapa bagi mengetahui masalah-masalah anak-anak jagaan mereka dalam pembelajran di rumah. Malis telah berakhir pada jam 10.15 malam..

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada waris-waris yang sudi datang dengan memberikan komitmen yang baik kepada pihak sekolah.

 

 

 

LAPORAN DARI :MUSHIRAH MOHSEEN

 

Bulan Bahasa Peringkat SMK Teluk Bahang 2012

 

Panitia bahasa Melayu menjadi tunjang kepada murid-murid dalam aspek ketrampilan berbahasa. Oleh itu menjadi tanggung jawab panitia untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian bersempena Bulan Bahasa Peringkat SMK Teluk Bahang. Bertepatan dengan itu pada 1 Februari 2012 yang lalu acara perasmian Bulan Bahasa Peringkat SMK Teluk Bahang telah diadakan di Dataran Tuan Haji Abdul Malek. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh. Majlis pagi ini turut dimeriahkan dengan persembahan deklamasi sajak, drama pendek dan segmen dalam bahasa arab.

Program yang melibatkan kerjasama tiga panitia bahasa iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab bertemakan ‘Bahasa Ujana Ilmu’. Sepanjang bulan Februari ini pelbagai aktiviti bahasa akan diadakan antaranya Program Bahasa Baku, Program Kenali Bahasa, Spelling Bee, Walking Dictionary dan lain-lain lagi.