Breadcrumbs

 

Rakaman "Sekolahku Hebat" Astro Ceria

15 Februari 2011 - SMK Teluk Bahang telah dipilih oleh pihak Astro Ceria sebagai salah sebuah sekolah yang akan mengisi slot rancangan "SEKOLAHKU HEBAT" yang dijangka akan ditayangkan bermula bulan Mac ini dalam Astro Ceria channel 611.

Rancangan ini akan memaparkan kehebatan sesebuah sekolah yang dipilih oleh pihak penerbit dimana SMK Teluk Bahang merupakan satu-satunya Sekolah Berwatak Kadet Remaja Sekolah (KRS) di Negeri Pulau Pinang. Selama berada di sini, pihak sekolah telah mengaturkan penggambaran bagi memaparkan beberapa aktiviti sekolah seperti KRS, Pasukan Kawad Kaki Alfa & Beta , aktiviti-aktiviti KRS ,Tarian Kesenian dan kebudayaan dan kelas Pembelajaran Dan Pengajaran di dalam bilik kelas.

 


Moderator di pihak SMKTBG telah  melibatkan beberapa pelajar tingkatan 1 dan 2 dalam sesi temubual oleh krew penerbitan Astro Ceria. Pemilihan moderator telah dibuat dalam satu sesi pemilihan yang telah dijalankan oleh pihak sekolah.

Syabas dan tahniah diucapkan dan ribuan terima kasih kepada semua krew penerbitan Astro Ceria kerana sudi bertandang untuk membuat sesi rakaman yang pertama kali diadakan di sekolah ini..

" SEKOLAHKU HEBAT "

 

 

 

LAPORAN DARI: NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

KEBAJIKAN & PENYAYANG (2)

 

Tarikh : 13 Februari 2012

Alhamdulillah syukur dengan kurniaan rezeki daripada Allah Taala kerana dengan jasa baik daripada semua warga Smk Teluk Bahang khususnya pihak guru dan para pelajar atas kesudian menderma seikhlas hati kepada pelajar yang memerlukan iaitu Mohd Fauzi B. Ismail daripada kelas 3 Leftenan yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan sesi persekolahan beliau. Atas dasar keprihatinan , Jawatankuasa Penyayang dan Kebajikan SMK Teluk Bahang telah melawat ke rumah beliau di Teluk Bahang dan disambut oleh ibunya bersama seorang adik perempuan yang merupakan orang kurang upaya. Sumbangan berbentuk wang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Zaleha Bt. Abdul Rahman. Jutaan terima kasih dihulurkan kepada semua warga sekolah yang telah menderma dan diharapkan agar sedikit sumbangan ini mampu membantu keluarga pelajar tersebut untuk meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Semoga Allah limpahkan rahmat rezeki untuk kita semua. InsyaAllah..

~AL MADRASATI HABIBATI~

 

LAPORAN DARI: NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

MAJLIS PELANCARAN “MY GPS” -SESI KEDUA

Tarikh : 13 Februari 2012

Tempat : Dataran Tn. Hj. Abdul Malek

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Bahang

 

Meneruskan tradisi pemakaian pin My GPS untuk semua para pelajar tingkatan tiga. Majlis Pelancaran ini telah berjalan dengan lancar dengan simbolik pemakaian pin kepada dua wakil pelajar tingkatan 2 Kolonel iaitu Siti Zulaikha Bt. Rafi dengan GPS sebanyak 1.5 dan Nur Hidayati Bt. Yusof dengan GPS 1.75 yang masing-masing markahnya adalah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2011. Semoga pelancaran ini memberi suntikan motivasi untuk semua pelajar memperbaiki kelemahan diri dan mengembangkan minat dan matlamat mereka untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.I nsyaAllah..usaha, doa dan bertawakal.

~AL MADRASATI HABIBATI~

 

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433/2012

TELUK BAHANG,PULAU PINANG – Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Teluk Bahang tahun ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”  diadakan di Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Jumaat, 10 Februari 2012.


Majlis diserikan dengan kedatangan Pengetua SMK Teluk Bahang EN. Abdul Nasir Bin Salleh, Penolong-penolong Kanan Sekolah, Guru-guru dan semua pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang.


Majlis Perarakan Malulidur Rasul berlangsung dengan perarakan oleh semua guru dan pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang dari SMK Teluk Bahang dengan perarakan sepanduk diiringi selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammmad S.A.W ke Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang En. Abdul Nasir Bin Salleh, dan diserikan dengan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Penceramah dari SMK Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, Al-Fadhil Ustaz Haji Ismail bin Awang Kechik berkaitan dengan penghayatan cintakan Rasulullah S.A.W dan tentang permasalahan akhlak remaja kini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan ucapan "Jazakallahu Khaira", semoga Allah S.W.T memberkati usaha murni kita..amin..

ATURCARA PROGRAM

8.30 - 9.00 : Pelajar Berkumpul di Dataran Hj. Abdul Malek dan berarak ke Masjid Teluk Bahang

9.00 - 9.30 : Ucapan Pengerusi Majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan Tuan Pengetua

9.30 - 11.30 : Ceramah Maulidur Rasul

Ustaz Haji Ismail bin Awang Kechik

11.30 – 11.50 : Salam Selawat Pelajar dengan guru

11.50 : Bersurai

 

Galeri Gambar (KLIK Di sini)