Breadcrumbs

 

 

MAJLIS PELANCARAN “MY GPS”

Tarikh : 16 Januari 2012

Tempat : Dataran Tn. Hj. Abdul Malek

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Bahang

laporan dari  : CIKGU NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (Kaunselor)


Syukur kepada Allah kerana pada hari tersebut telah selesai Majlis Pelancaran My GPS (Gred Purata Saya) yang bertujuan untuk membimbing pelajar menetapkan matlamat masing-masing bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik. My GPS ini secara tidak langsung dapat memberi suntikan motivasi kepada setiap pelajar agar sentiasa berusaha untuk mencapai markah dan gred tertinggi bagi semua subjek yang di ambil. Pin MY GPS ini juga akan dipakai oleh semua pelajar tingkatan satu dan empat hasil daripada GPS berdasarkan keputusan PMR dan UPSR yang lalu.

Berikut adalah Aturcara Majlis :

1. Ucapan Alu-aluan daripada pengerusi majlis; Kaunselor sekolah Cik Nor Haniza Bt. Misran.

2. Simbolik perasmian oleh Tn. Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh dengan memakaikan pin My GPS kepada dua orang wakil pelajar iaitu Mohd Alif B. Mohd Adnan (4 Brigadier) dan Khaizuran Irfan B. Zaman (1 Brigadier). Kedua-dua pelajar ini memiliki GPS sebanyak 1.0 kerana masing-masing memperoleh 8A dalam PMR dan 5A dalam UPSR.

3. Perkongsian tips kejayaan oleh pelajar Mohd Alif b. Mohd Adnan (pelajar cemerlang PMR).

Pihak sekolah amat mengharapkan agar setiap pelajar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap bidang yang diceburi khususnya akademik bagi mencipta masa depan yang cerah untuk mencapai cita-cita yang diidamkan. InsyaAllah..usaha, doa dan bertawakal.

 ~SEKOLAHKU SYURGAKU~

 Galeri Gambar:


KENANGAN LAMA

 

laporan dari  : CIKGU NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (Kaunselor)

Beberapa hari yang lepas, sedang Pn. Hanita mengemas bilik kaunseling, tiba-tiba beliau terjumpa KENANGAN LAMA iaitu beberapa keping pas keluar kelas sejak tahun 2008. Pas keluar kelas tersebut masih tersimpan rapi dan boleh dijadikan koleksi untuk tatapan bersama sambil mengimbas kembali kenangan lama bersama SMK Teluk Bahang terutama bagi guru-guru dan para pelajar yang telah berpindah ke tempat lain. Pas keluar kelas ini telah dihasilkan oleh Unit Disiplin dan yang terkini bagi tahun 2012 pas tersebut adalah berwarna kuning dan senang digantung serta dilihat.

~SEKOLAHKU SYURGAKU~

 

 

KEBAJIKAN & PENYAYANG (1)

 


laporan dari  : CIKGU NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (Kaunselor)

 

Tarikh : 5/1/2012

 

 

Jutaan terima kasih daripada Jawatan kuasa Kebajikan dan Penyayang SMK Teluk Bahang kepada penderma-penderma yang sudi menyumbangkan sedikit penghargaan dalam bentuk barang persekolahan kepada beberapa pelajar SMK Teluk bahang yang memerlukan. Semoga Allah murahkan rezeki kalian. Syukran Kasiran.

 

Sumbangan daripada YB Adun Teluk Bahang Dato’ Seri Helmi kepada 10 pelajar yang memerlukan dan sumbangan ini disampaikan dalam bentuk barang persekolahan oleh Tuan Pengetua En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh kepada beberapa pelajar.

 

~SEKOLAHKU SYURGAKU~