Breadcrumbs

 

 

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4

laporan dari  : CIKGU NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (Kaunselor)

Syukur Alhamdulillah, pada 5.1.2012 hingga 6.1.2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Orientasi Tingkatan 1 dan 4 di Bilik Persidangan dan Surau SMK Teluk Bahang. Antara aturcara program adalah seperti berikut:

Taklimat untuk Tingkatan 1:

Taklimat untuk Tingkatan 4:

1. UNIT KURIKULUM

a. Taklimat Penolong Kanan Pentadbiran

b. Taklimat Ketua Panitia Bahasa Melayu (PLBS)

c. Taklimat Ketua Panitia Kemahiran Hidup (KERJA KURSUS)

d. Taklimat Ketua Panitia Sains (PEKA)

d. Taklimat Guru Pusat Sumber

2. UNIT HEM

a. Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

b. Taklimat Unit Disiplin

c. Taklimat Unit Buku Teks (SPBT)

d. Taklimat Unit Biasiswa & KWAPM

d. Taklimat Unit Bimbingan & Kaunseling

3. UNIT KOKURIKULUM

a. Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum

b. Taklimat Penyelaras Sukan & Permainan

c. Taklimat Penyelaras Kelab & Persatuan

d. Taklimat Unit KRS

1.UNIT KURIKULUM

a. Taklimat Subjek-subjek Teras

b. Taklimat Subjek-subjek Elektif seperti Tasawwur Islam, Pendidikan Seni, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Katering.

2. PEMBAHAGIAN KELAS OLEH UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

 

Pelajar-pelajar Tingkatan 1 didedahkan dengan pelbagai aspek yang terdapat di sekolah bagi memberi pendedahan awal kepada mereka agar bersedia untuk menjadi warga SMK Teluk Bahang. Mereka memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut dilaksanakan. Semoga semua pelajar Tingkatan 1 dan 4 lebih bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran bagi sesi 2012.

 

PENYELARAS PROGRAM SPM : PN. HANITA BT. HALIM

PENYELARAS PROGRAM PMR : CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL

~SEKOLAHKU SYURGAKU~

 

 


 

 

 

 

 

GALERI GAMBAR LAGI :

Lain-lain gambar (KLIK)

 

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2012

laporan dari  : CIKGU NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (Kaunselor)

Alhamdulillah sesi pertama persekolahan sesi 2012; 4 Januari 2012 bersamaan 10 Safar 1433 H. Barisan guru-guru dan para pelajar hadir pada hari ini dengan wajah yang ceria dan semangat yang baru. Semoga tahun ini bakal mencipta kecemerlangan dalam semua aspek yang diceburi. InsyaAllah..

~SEKOLAHKU SYURGAKU~

Tahniah Semua Pelajar PMR . keputusan keluar hari ini 22 Dis 2011.  Anda semua adalah bakal pewaris dan pemimpin masa depan. Sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang SMK Teluk Bahang yang berjaya dapat 8A dalam PMR 2011. Tahniah dari Pentadbir dan guru-guru SMK Teluk Bahang. Moga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pendorong pada pelajar-pelajar agar berusaha mencapai kejayaan seperti ini.

Kepada yang kurang cemerlang, jangan putus asa, jangan kecewa, jangan bodoh fikiran, masa masih panjang, SPM adalah masanya kita membuktikan segalanya, 8A dalam SPM adalah lebih bermakna yang cukup hebat. Usaha lebih dalam spm, anda akan berjaya jika dapat kuasai SPM, PMR adalah permulaan hidup yang lebih mencabar. Oleh itu jangan kecewa di PMR ini, masa anda masih ada membuktikan anda boleh.

 

 


Taklimat Kemasukan Pelajar dan pendaftaran Tingkatan 1 ke SMK Teluk Bahang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Taklimat dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis Cikgu Cik Nor Hidayah Harun, bacaan doa oleh Al-fadhil Ustaz Azuan Abdullah dan ucapan khas Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh dengan kehadiran ibu bapa dan pelajar-pelajar baru yang amat memberangsangkan.

Dalam ucapan khas Tuan pengetua tadi,beliau banyak memberi semangat dan motivasi kepada ibu bapa yang hadir supaya bersama-sama dengan pihak sekolah untuk meningkatkan pretasi akademik sekolah seterusnya melahirkan pelajar yang berkualiti serta cemerlang dunia dan akhirat..

Orientasi untuk pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 akan diadakan selama seminggu bermula pada hari ini iaitu 3/1/2012 hingga 10 Januari 2012.

Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat belajar di SMK Teluk Bahang kepada semua pelajar baru yang mendaftar masuk belajar di sekolah ini. Bilangan pelajar Tingkatan 1 yang mendaftar masuk adalah lebih kurang 140 orang.

Pihak sekolah terutamanya guru-guru SMK Teluk Bahang  berbesar hati menerima kehadiran pelajar-pelajar baru ini.Kepada semua pelajar-pelajar Teluk Bahang marilah kita bersama-sama berusaha menjadikan sekolah kita maju dan dikenali dari semasa ke semasa.

Dengan slogan "DI SINI PEMIMPIN DILAHIRKAN", InsyaAllah SMK Teluk Bahang akan melahirkan seberapa ramai pemimpin-pemimpin negara yang akan datang InsyaAllah..