Breadcrumbs

 

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 25 Mei 2012

Tempat : Dewan Makan Asrama & Dataran Tn. Hj. Abdul Malek

Tema Hari Guru : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

 

Meriah……. Alhamdulillah satu perkataan yang boleh digambarkan semasa Sambutan Hari Guru yang telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu. Tema pakaian Hari Guru pada tahun ini adalah Sukan untuk Kesihatan dan setiap guru memakai pakaian sukan seragam berwarna ungu. Ungu melambangkan cinta dan sayang guru-guru kepada SMK Teluk Bahang. Majlis telah bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Berikut adalah tentatif program :

Ucapan aluan Pengerusi Majlis dan bacaan doa

Persembahan Pelajar

Alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Anugerah Guru-Guru (Tema Kartun Animasi) dan penyampaian cenderahati

Ucapan Ketua Pengawas&Wakil Kelab Guru&Tuan Pengetua

Kerusi Muzik

Bacaan Ikrar dan nyanyian lagu “Guru Malaysia”

Sukaneka

Gimik Perasmian

Permainan Ewah-Ewah

Perlawanan bola jaring/bola tampar: Guru-Pelajar

Jamuan pelajar dan guru-guru

 

Semua guru rasa sangat gembira dan ceria pada hari tersebut kerana pelbagai aktiviti telah dijalankan. Tahniah diucapkan kepada barisan pengawas sekolah yang berwibawa kerana telah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan setiap aktiviti sepanjang Sambutan Hari Guru tahun ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kelab Guru yang turut membantu menyediakan pakaian dan makanan serta terima kasih juga kepada semua warga sekolah khususnya guru-guru dan para pelajar yang telah memberi kerjasama sepanjang majlis ini berlangsung. Semoga Sambutan Hari Guru pada tahun ini mendapat keberkatan daripada Allah Taala dan seterusnya mengeratkan silaturrahim diantara sesama guru dan juga para pelajar.

 

~AL MADRASATI HABIBATI~

 

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 24 Mei 2012

Setiap manusia itu akan diuji dengan tahap kemampuan masing-masing. Itulah antara yang sedang berlaku kepada salah seorang warga SMKTBG iaitu pelajar bernama Mohd Farhan B. Mohd Fiteri dari tingkatan 3 Brigadier yang sedang terlantar di hospital kerana menghidapi penyakit paru-paru. Beliau telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali. Beberapa guru wakil daripada Unit Kebajikan dan Penyayang SMKTBG iaitu Ustaz Azuan, Ustazah Nooradillah, Cg Norita dan Cg Yazmira telah berkesempatan menziarahi pelajar tersebut di Hospital Pulau Pinang. Ketika ditemui, ibunya setia berada disisi anaknya untuk memberi sokongan agar kuat semangat untuk menghadapinya. Sedikit sumbangan berbentuk wang telah disampaikan kepada ibunya bagi meringankan beban kos perubatan pelajar tersebut. Sumbangan wang tersebut adalah hasil daripada derma seikhlas hati daripada semua warga IQRA khususnya guru-guru dan para pelajar. PIhak sekolah mendoakan agar Mohd Farhan cepat sembuh dan kuat semangat untuk pulih. Terima kasih kepada warga IQRA yang sudi menghulurkan bantuan. Semoga Allah limpahkan rahmat rezeki untuk kita semua. Insyaallah…

~AL MADRASATI HABIBATI~

 

 

LAPORAN DARI: USTAZ RUSDI BIN MANSOR (JURULATIH & PENGURUS BOLA SEPAK SMK TELUK BAHANG)

 

BARU-BARU INI, PASUKAN BOLASEPAK BAWAH 15 DAN 18 TAHUN SEKOLAH TELAH MENYERTAI KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPP ZON BALIK PULAU BERMULA 19 MAC 2012 HINGGA 13 APRIL 2012. KEJOHANAN INI TELAH BERLANGSUNG DI SMK PONDOK UPEH DAN KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU.

PADA KEJOHANAN KALI INI, PASUKAN BAWAH 18 TAHUN SEKOLAH KITA TELAH BERJAYA MELANGKAH KE PUSINGAN KEDUA. PENCAPAIAN INI MERUPAKAN LEBIH BAIK BERBANDING TAHUN LEPAS. TAHNIAH DIUCAPKAN.

BAGI PASUKAN BAWAH 15 TAHUN PULA, PASUKAN SEKOLAH KITA TELAH BERJAYA MELANGKAH KE PERLAWANAN AKHIR PADA 13 APRIL 2012. TETAPI KITA TELAH TEWAS DENGAN SMK TELUK KUMBAR 1 DENGAN JARINGAN 2-1.

BERIKUT KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPANJANG KEJOHANAN BAGI BAWAH 15:

SMK TELUK BAHANG MENEWASKAN SMK TELUK KUMBAR 2, 9-0,

SMK TELUK BAHANG SERI DENGAN SMK TELUK KUMBAR 1, 2-2,

PUSINGAN KE 2,

SMK TELUK BAHANG MENEWASKAN SMK BATU MAUNG 2-1,

SMK TELUK BAHANG MENEWASKAN SMK SERI BALIK PULAU, 4-1

DALAM PERLAWANGAN AKHIR, SMK TELUK BAHANG TEWAS KPD SMK TELUK KUMBAR 1, 2-1.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU-GURU DAN SEMUA PIHAK YANG MEMBANTU KEJAYAAN PASUKAN KITA. TAHNIAH KEPADA PARA PEMAIN YANG TELAH BERJAYA MENAIKKAN NAMA SEKOLAH DI PERINGKAN BARAT DAYA.

 


LAPORAN DARI: EN SHAHRUL AMRI BIN MOHAMMAD

Tarikh : 21 APRIL 2012

Tempat : KDU KOLEJ PULAU PINANG

Anjuran : KDU KOLEJ PULAU PINANG

Guru Pengiring :

1) En. Shahrul Amri Bin Mohamad

2) Pn. Noorhasliza bt Mohd Ali

3) Pn. Hanita bt Halim

Alhamdulillah.. Satu pengalaman menarik hari ini; membawa 3 pasukan pelajar ke Program Pertandingan Power Chef 2012. Tiga pasukan berikut terdiri daripada enam orang pelajar iaitu:

Kumpulan 1 : S Power

Nur Shafikah bt Jamaludin

Syafikah bt Mohd Rodzi

Kumpulan 2: BAHANG RANGERS

Karbakanagesh a/l Veerjah

Muhammad Syazfiq bin Mansor

Kumpulan 3: MUMMY RANGER

Nur Natrah bt Mohamad Yacob

Siti Najwa bt Ahmad

Hampir 25 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini dimana terdapat 60 buah pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada dua orang pelajar. Pada pertandingan tersebut pelajar diberi masa selama 1½ jam bagi menyediakan hiasan 2 hidangan iaitu swiss role dan mile fuelle custard based pastry. Hakim pertandingan terdiri daripada chef dan columnis, mereka ialah Chef Tommes, Chef Azhar bin Bah, Chef Bakar bin Yusop, Chef Syamsul Idham, En Albert Goh,PJM dan CK Lam.

Pada sebelah petang, pihak penganjur telah mengaturkan program bagi Malaysia Book Of Record dan setiap sekolah dikehendaki menghantar dua orang wakil bagi menyertainya.

Pada pertandingan ini pasukan sekolah telah mendapat tempat yang ke-10. Mereka memperolehi hadiah yang berupa baucer hi-tea di Hotel Sunway untuk dua orang, hamper, sijil dan cenderahati dari KDU. Kumpulan tersebut ialah S Power. Tahniah kepada semua pelajar yang telah mewakili sekolah bagi menyertai pertandingan ini. Teruskan usaha.