Breadcrumbs

 

Pada 7 April 2011, sekolah telah mengadakan sukantara. Tujuan sukantara diadakan adalah untuk mengumpul mata rumah sukan. Selain itu, melalui sukantara juga bakat-bakat peserta dapat dicungkil dan peserta dapat dipilih bagi mewakili rumah sukan untuk kejohanan sukan nanti.

Acara-acara yang terlibat ialah lari pecut 70m, melontar peluru, melempar cakera dan lompat jauh. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini acara lompat tinggi tidak dipertandingkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini Semua peserta berusaha keras mengumpul mata untuk rumah sukan masing-masing. Semoga semangat juang berpasukan ini dapat dikekalkan.

 

 

Kejohanan Merentas Desa telah berlangsung pada 7 April 2011 (Sabtu). Sebelum memulakan acara, sebagai aktiviti memanaskan badan. peserta melakukan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Zaidi. Kejohanan merentas desa ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Rumah Mutiara telah mengumpul mata tertinggi pada kejohanan ini diikuti Rumah Zamrud, ketiga Delima dan di tempat keempat rumah Nilam.

 

Pada 21 Febuari, Unit Hal Ehwal Murid telah mengadakan program Bulan Disiplin Sifar. Objektif program ini adalah untuk mengurangkan salah laku disiplin dalam kalangan murid. Program ini telah dilancarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang. Semasa ucapan perasmian, Ketua Polis memuji usaha murni yang dilakukan sekolah untuk meningkatkan dsiplin pelajar.

Menurut beliau lagi, sekiranya pelajar itu berdisplin, dia juga akan cemerlang dalam akademik dan bidang-bidang lain. Semoga apa yang disampaikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang dapat dijadikan panduan.

Pada 27 Januari, Program Target Setting dan pertemuan mentor-mentee dengan ibu bapa dan waris pelajar telah diadakan. Program ini adalah program khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan awam PMR dan SPM akan datang. Pada tahun ini, setiap guru diberi 4-6 orang mentee. Setiap mentor berperanan memantau perkembangan mentee, menetapkan sasaran dan membantu mentee mencapai sasaran.

Pada malam itu juga, waris pelajar berpeluang untuk bertemu dengan mentor anak masing-masing dan berbincang mengenai perkembangan pelajaran mereka. Semua usaha ini diharap dapat meningkatkan pencapaian sekolah dengan lebih baik lagi.