Breadcrumbs

 

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

15 Februari 2014 – Aktiviti bermula seawal jam 8 pagi dan dimulakan dengan majlis bacaan Yasin diketuai oleh saudara Muhammad Aiman daripada tingkatan 5 Mejar. Para pelajar yang terlibat adalah daripada tingkatan 2,3,4 dan 5. Aktiviti kedua adalah permainan tali yang menguji kepantasan mereka di dalam kumpulan dan kemudiannya mereka dibahagikan kepada dua tempat. Tingkatan 2 dan 4 di bilik persidangan manakala tingkatan 3 dan 5 di surau sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah soal selidik pengurusan masa, tazkirah kepentingan masa oleh Ustaz Tajuddin dan perkongsian cerita oleh PK HEM Ustaz Mohd Siroj. Pertandingan reka cipta pakaian paling kreatif juga diadakan untuk menguji tahap kreativiti para pelajar di samping mengeratkan silaturrahim antara pelajar tingkatan 3 dan 5.

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

 

Bismillahirrahmanirrahim…

 

20 Januari 2014 – Alhamdulillah seramai hampir 70 orang barisan kepimpinan sekolah telah menerima watikah pelantikan sebagai pemimpin sekolah yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh. Ikrar pemimpin sekolah turut dilakukan dalam majlis pada pagi tersebut. Antara badan pemimpin yang terlibat adalah :

 

  1. Badan Pengawas Sekolah
  2. Pembimbing Rakan Sebaya
  3. Pengawas Pusat Sumber
  4. Pengawas SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)

 

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang terpilih dan semoga barisan pemimpin sekolah ini dapat menjalankan tugas dengan penuh jujur, amanah dan bertanggunggjawab. Selamat bertugas.

 

“PEMIMPIN BERKALIBER; PELAJAR BERWIBAWA

 

LAPORAN DARI: USTAZ MOHD RUSDI BIN MANSOR (JURULATIH & PENGURUS PASUKAN)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Bola Sepak SMK Teluk Bahang telah menyertai Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

Kejohanan ini telah diadakan pada 8 & 9 Februari 2014, bertempat di Padang USM. Pasukan Bolasepak SMK Teluk Bahang telah menghantar 2 pasukan untuk kategori umur bawah 15 tahun dan 18 tahun.

LAPORAN DARI: MUHAMMAD BUKHARI BIN ISMAIL

 

 Anjuran : Unit Kokurikulum

 Tarikh : 8 Februari 2014

 Hari : Sabtu

 Masa : 8.00 - 1.00 tgh hari

 Tempat : Padang SMKTBG

 

            Kem olahraga 2014 telah diadakan pada 8 Februari 2014 pada hari sabtu bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 tgh hari.

             Kem ini telah disertai oleh 40 orang pelajar yang terdiri daripada atlet oleharaga sekolah serta pelajar yang mempunyai bakat dalam sukan olahraga.

 10 orang guru turut terlibat berganding bahusebagai AJK Kem Olahraga.  Kem ini dikendalikan oleh Encik Amran B. Zakaria iaitu Penolong Pengarah Unit PPDA, JPN Kedah.

             Beliau adalah seorang instruktor olahraga peringkat kebangsaan. Encik Amran juga dahulunya adalah bekas guru olahraga kepada Puan Farah Wahida Hashim guru PJK SMK Teluk Bahang.