“Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah”. Itulah tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Seperti  tahun-tahun lepas, tahun ini, Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang turut menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

                Pada jam 9.30 pagi, semua pelajar Islam berkumpul di Dewan Makan Asrama. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi, bacaan doa oleh Ustaz Ruzita bin Abu Bakar seterusnya ucapan oleh tuan pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad.

                Penceramah jemputan pada tahun ini ialah Ustaz Suhaizi bin Semail, Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Pemikiran Islam, Unit Operasi Dakwah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Inti pati ceramah beliau berkenaan dengan sirah Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan kita. Pada akhir ceramah, beliau menunjukkan imej-imej kehidupan penduduk di negara seperti Somalia dan Afrika yang mengalami pelbagai krisis dan konflik. Imej-imej yang dipaparkan diharap dapat memupuk rasa insaf dalam kalangan pelajar dan menyedari betapa beruntungnya kita berbanding mereka.

                Keseluruhan majlis pada hari ini berjalan lancar. Semoga semua yang hadir mengambil iktibar daripada kisah hidup Rasulullah SAW dalam mendepani kehidupan.