Menjelang Kejohanan Sukan Tahunan IQRA yang bakal berlangsung pada 12 Mac ini, pelbagai aktiviti pra sukan tahunan telah dijalankan. Jika sebelum ini kita dimeriahkan dengan Sukantara yang menobatkan Rumah Delima sebagai juara Sukantara, menyusul pula saringan acara padang pada 24 dan 25 Febuari 2010.

Acara dimulakan pada jam 3 petang. Pada hari pertama, acara pecut 70m, 200 m dan 400 m mengambil tempat manakala pada hari kedua pula diadakan acara 4x100m dan 4x400m. Penyertaan pelajar amat menggalakkan. Pelajar-pelajar yang tidak terlibat dan guru-guru rumah sukan memberi sokongan padu menaikkan semangat para atlet. Semoga iltizam ini berterusan juga semasa P&P di dalam kelas.

Lagi gambar