SMK Teluk Bahang sekali lagi menyaksikan pertukaran guru.  Mereka yang bertukar pada kali ini adalah Cikgu Saravanan yang akan bertukar ke Seberang Perai Selatan, Cikgu Kalairasan ke Daerah Timur Laut, Cikgu Munawar juga ke Timur Laut, Cikgu Anis Farhan bertukar ke Wilayah Persekutuan.  Semua warga SMK Teluk Bahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap budi yang telah dicurahkan di sekolah ini.  Selamat bertukar.