Pada pagi ini, 13 November 2009 telah diadakan majlis mohon restu pelajar-pelajar SPM yang bakal menghadapi peperiksaan SPM bermula 18 November akan datang. Dalam majlis ini, pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad telah menyampaikan cenderahati berupa topi dan alat tulis kepada pelajar-pelajar.

Kepada semua pelajar Tingkatan 5, seluruh warga IQRA mendoakan kejayaan kalian. Adat orang berjuang, biar sampai ke keringat terakhir. Selamat Maju Jaya...