Kem Transformasi Minda SPM

SPM bakal menjelang dalam tempoh kurang seminggu lagi. Justeru, menepati matlamat sekolah dalam melahirkan pelajar yang berkualiti, satu program motivasi kepada bakal-bakal calon SPM 2009 diadakan di Asrama SMK Teluk Bahang pada 6 hingga 7 November 2009. Program ini dirasmikan oleh Hajah Siti Faridah, Pengerusi Rumah Nur Daerah Barat Daya. 

Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada para pelajar yang bakal menghadapi SPM di saat-saat akhir. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah solat hajat berjemaah, segmen motivasi oleh En. Roslan, PK HEM SMK Teluk Bahang. Pada keesokan harinya, telah diadakan segmen perkongsian pengalaman daripada guru-guru yang mengajar kelas-kelas SPM. Banyak tips dan petua menghadapi peperiksaan diberikan kepada para pelajar seperti tips pemakanan, pengurusan masa dan amalan-amalan kerohanian.

Semoga segala bentuk perkongsian yang diterima, para pelajar akan menjadi lebih bersemangat untuk menghadapi SPM. Kepada semua pelajar, Selamat Maju Jaya...

 

Pelajar-pelajar yang menghadiri KEM TRANSFORMASI MINDA SPM

Guru-guru yang membantu menjayakan program.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260498
TodayToday288
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1034
This MonthThis Month25563
All DaysAll Days3260498
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.