Taklimat Waris Tingkatan 1

Pada 3 Januari, suatu Taklimat Waris Tingkatan 1 telah diadakan di sekolah pada jam 9 pagi bertempat di surau sekolah. Lebih seratus waris yang hadir bagi menjayakan program tersebut.

Taklimat dimulakan dengan ucapan daripada Pn Noorhasliza selaku Penolong Kanan Kokurikulum berkenaan dengan aktiviti kokurikulum sekolah. Selepas itu, Ustaz Siroj, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pula memberi taklimat. Ucapan Ustaz Siroj mencuit hati semua yang hadir dengan gaya dan aksi beliau sewaktu berbicara tentang disiplin pelajar di SMK Teluk Bahang. Puan Zaleha, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah pula menyampaikan taklimat berkaitan akademik sebelum Pengetua, Encik Abdul Rashid menyampaikan ucapan. Dalam ucapan pengetua, beliau menyatakan visi dan aspirasi sekolah pada tahun 2010 kepada semua waris.

Majlis bersurai sebaik sahaja selesai ucapan pengetua. Waris-waris ada yang menguruskan pendaftaran asrama anak-anak dan tidak kurang juga yang menyelesaikan urusan keperluan sekolah di koperasi. Semoga tahun 2010 menjadi tahun penuh kecemerlangan untuk seluruh warga IQRA'.

                                           Waris-waris yang hadir

                                          Ustaz Siroj memberi ucapan


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227399
TodayToday724
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6821
This MonthThis Month33418
All DaysAll Days3227399
54.224.102.26

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.