Orientasi Tingkatan 1

                Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sejajar dengan visi sekolah untuk melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga dari segi sahsiah, maka suatu program orientasi Tingkatan 1 telah diadakan bermula dari 4 Januari hingga 7 Januari 2009.

                Sesuai dengan sekolah berwatak KRS yang dipegang oleh sekolah, program orientasi pada kali ini turut menekankan nilai-nilai KRS dalam kalangan pelajar. Sepanjang orientasi Tingkatan 1, pelajar-pelajar diajar menyanyikan lagu sekolah dan lagu KRS. Pelajar-pelajar juga turut diberi pendedahan mengenai subjek-subjek menengah rendah oleh ketua-ketua panitia. Dalam program ini juga, para pelajar telah diberi asas-asas kawad kaki oleh Cikgu Nurul Nazwa dan Cikgu Bahtia.

                Program yang telah berakhir semalam berjalan lancar. Kerjasama padu telah diberikan oleh semua guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 yang turut membantu perjalanan program. Diharapkan agar nilai-nilai yang telah diterapkan dapat menjadi pedoman pelajar-pelajar Tingkatan 1 untuk menghadapi alam persekolahan yang baru.

Pelajar-pelajar lelaki dalam barisan

Pelajar-pelajar perempuan mendengar arahan ketua platun.

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132172
TodayToday77
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week4933
This MonthThis Month28715
All DaysAll Days3132172
54.156.42.165

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.