Sambutan Maal Hijrah 1431 H

Pada 22 Muharram 1431H bersamaan dengan 8 Januari 2010, telah diadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah bertempat di Dewan Makan Asrama anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang.

Sambutan yang bertemakan “Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah” bertujuan untuk melahirkan generasi yang berfikiran positif untuk mencapai kemajuan di samping tabah dan gigih dalam menuntut ilmu untuk menjadi umat yang cemerlang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin. Seterusnya pelajar-pelajar bergerak ke dewan untuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Moin bin Hashim, Ketua Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.  Antara inti pati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Moin ialah bagaimana hendak menjadi cemerlang dalam bukan sahaja aspek akademik tetapi juga sahsiah.

Selepas rehat, pelajar-pelajar berkumpul untuk agihan bubur Asyura yang ditaja oleh pengusaha dewan makan asrama, Tuan Haji Abdul Sukor bin Maidin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam khususnya dan semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program yang berjalan lancar pada hari ini. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat dari apa yang disampaikan. Salam Maal Hijrah 1431H…

 Tuan Haji Abdul Moin menyampaikan ceramah

Ustaz Zainur membantu pengagihan bubur asyuraa.

P/S: Selamat Hari Lahir buat PK Pentadbiran, Puan Zaleha yang menyambut hari lahir pada 8 Januari. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Lagi gambar


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3131410
TodayToday524
YesterdayYesterday1383
This WeekThis Week4171
This MonthThis Month27953
All DaysAll Days3131410
54.158.248.167

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.