Minggu Anti Dadah 2010

Sekolah Bebas Dadah 2015. Itulah moto yang sering dilaungkan oleh pemimpin. Bagi menyahut seruan tersebut, Unit HEM dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Bahang telah menganjurkan Minggu Antidadah 2010 yang bermula pada hari ini dan akan berakhir pada hari Jumaat, 12 Februari 2010.

Pada pagi ini, telah diadakan majlis pelancaran Minggu Antidadah oleh Ustaz Siroj. Selepas rehat, Jabatan Penjara Pulau Pinang telah mengadakan pameran dan ceramah bertajuk Remaja dan Rotan. Pelajar-pelajar memberi perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan oleh Pegawai Penjara.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang minggu ini seperti Pameran dan ceramah dari Pusat Racun Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Pejabat Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, beberapa pertandingan turut diadakan iaitu Pertandingan Menulis Esei sempena Minggu Anti Dadah dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Bagi pelajar yang berbakat dalam bidang seni, bolehlah menyertai Pertandingan Melukis Poster sempena Minggu Antidadah.

Diharap, apa yang dirancang sepanjang minggu ini berjalan lancar dan  memberi kesan positif kepada semua pelajar…

 

Ceramah Remaja dan Rotan

Lagi gambar...


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132607
TodayToday512
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5368
This MonthThis Month29150
All DaysAll Days3132607
54.161.91.76

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.