Program Target Setting Bersama Waris dan Pelajar PMR & SPM 2010

11 Februai 2010, SMK Teluk Bahang menganjurkan Program Target Setting. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada waris apakah perancangan dan harapan sekolah kepada pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM pada tahun ini.  Pada program ini pengetua telah menegaskan beberapa isu antaranya termasuk isu berkaitan disiplin pelajar.  Pengetua menyatakan semenjak beliau bersama SMK Teluk Bahang beliau melihat sekolah ini berpotensi untuk menjadi sebuah sekolah yang berjaya.  Namun ada segelintir bilangan pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan perkara ini akan dibaiki dengan segera supaya sekolah mempunyai suasana yang aman untuk proses pengajaran dan pembelajaran.  Beliau juga menegaskan pada tahun lepas sekolah telah membelanjakan sejumlah RM 15,000.00 untuk membekalkan pelajar kertas latih tubi di mana hasil dari program tersebut telah melonjakkan pencapaian sekolah ke-3 antara sekolah-sekolah menengah di daerah Barat Daya. Pengetua juga mengingatkan kepada semua waris agar turut mengambil bahagian bagi meningkatkan pencapaian anak-anak mereka.

Puan Zaleha PK Pentadbiran telah menberi pembentangan tentang Target Setting kepada pelajar dan waris.  Target Setting adalah satu  sasaran  pencapaian keputusan akhir tahun lepas dijadikan tanda aras.  Dari keputusan tersebut, setiap guru matapelajaran akan meletakkan anggaran berapakah dan bagaimanakah untuk melonjak pencapaian pelajar.

Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan 5.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260498
TodayToday288
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1034
This MonthThis Month25563
All DaysAll Days3260498
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.