Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

Sempena ASAT yang akan berlangsung tidak lama lagi, suatu perlawanan bola sepak antara Pasukan Bola Sepak Pelajar Asrama SMKTBg dan Pasukan Bola Sepak SMKTBg telah diadakan. Tujuan perlawanan ini diadakan sebagai persediaan pasukan asrama menjelang ASAT di samping memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.

Seawal permainan, kelihatan pasukan bola sepak sekolah yang mengenakan jersi hijau menguasai permainan. Namun pasukan asrama yang mengenakan jersi oren tidak patah semangat. Lebih menggamatkan apabila Ustaz Azuan turut menyarung jersi oren pada detik-detik akhir separuh masa pertama untuk membantu pasukan asrama. Wisel penamat yang dibunyikan menyaksikan pasukan sekolah memenangi perlawanan dengan jaringan gol 5 berbalas 0. 

Kepada pasukan asrama, berusaha lagi untuk meraih kejayaan di peringkat ASAT.

Klik untuk melihat gambar lain

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227480
TodayToday805
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6902
This MonthThis Month33499
All DaysAll Days3227480
54.162.139.105

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.