Kejohanan Sukan Tahunan IQRA 2010

 

Kejohanan Sukan Tahunan IQRA telah berlangsung dengan jayanya pada tahun ini. Setiap pasukan berusaha bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan rumah masing-masing. Hal ini dapat dilihat pada hiasan rumah sukan yang setiap satunya memang mampu memikat hati juri. Begitu juga dengan komitmen semua atlet dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini.

Majlis dimulakan dengan perbarisan setiap kontijen rumah sukan seterusnya bacaan doa dan ikrar kejohanan. Acara pada pagi ini telah dirasmikan oleh Encik Azizi bin Abdullah Sani, Penolong Pegawai PPD Barat Daya dengan simbolik perasmian melepaskan beberapa ekor burung merpati dari sangkarnya. Selepas acara perasmian, tetamu dihiburkan dengan tarian oleh Kumpulan Kebudayaan SMKTBg.

Pada pagi ini telah diadakan pertandingan akhir acara padang seperti larian pecut 70m, 200m, 400 m, 4 x 100 m dan 4 x 400 m. Tambah menarik apabila acara tarik tali melibatkan pasukan ibubapa yang hadir dan guru-guru yang dimenangi oleh pasukan guru.

Piala Johan Kejohanan Sukan IQRA telah dimenangi oleh rumah Zamrud diikuti oleh Rumah Nilam dan Delima masing-masing di tempat yang kedua dan ketiga. Kalah menang bukan penentunya tetapi semangat yang ditonjolkan menjadi cermin ukuran.

Gambar sepanjang kejohanan


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225655
TodayToday218
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5077
This MonthThis Month31674
All DaysAll Days3225655
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.