Lawatan Bas Pintar

PINTAR - singkatan kepada Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility adalah program sekolah angkat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah luar bandar. Sejak dilancarkan, PINTAR telah melaksanakan banyak aktiviti untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah di bawah program ini. Antara kejayaan yang dicapai ialah pada tahun 2008, bilangan pelajar dari sekolah PINTAR yang mendapat 5A dalam UPSR adalah 9.5% lebih tinggi berbanding purata kebangsaan 9.2%.

Kunjungan bas PINTAR adalah suatu usaha untuk mempromosikan teknologi dan dunia tanpa sempadan terutama pada pelajar-pelajar luar bandar. Oleh itu, pada hari Jumaat 2 April, pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang berpeluang menyaksikan dan melawat bas PINTAR ini. Antara tarikan utama yang terdapat di dalam bas ini ialah simulator kapal terbang.  Pelajar-pelajar dan guru-guru tidak melepaskan peluang mencuba simulator tersebut.

Diharapkan agar semua pelajar mendapat manfaat daripada lawatan ke atas bas tersebut.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227401
TodayToday726
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6823
This MonthThis Month33420
All DaysAll Days3227401
54.224.102.26

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.