Lawatan Penanda Aras dari PPD Kubang Pasu, Kedah Darul Aman

Pada hari ini, SMK Teluk Bahang telah menerima lawatan daripada 34 orang Penolong-penolong Kanan dari Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat pelaksanaan aktiviti unit beruniform Kadet Remaja Sekolah SMK Teluk Bahang.

Rombongan pelawat yang tiba pada jam 12.15 tengahari disambut oleh pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad beserta penolong-penolong kanan dan beberapa orang guru. Selepas itu, rombongan ini dipersembahkan dengan persembahan kawad kaki daripada platun putera dan puteri sekolah sebelum menikmati hidangan tengahari di dewan makan asrama.

Selesai menjamu selera, semua tetamu bergerak ke bilik mesyuarat SMK Teluk Bahang untuk taklimat dan penerangan berkenaan pengurusan KRS sekolah. Selepas itu, semua tetamu dibawa melawat ke bilik gerakan KRS sekolah. Semua lawatan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Lain-lain gambar

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225766
TodayToday329
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5188
This MonthThis Month31785
All DaysAll Days3225766
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.