Pelajar-pelajar dalam keadaan seperti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai KRS

Kes-kes Perubatan, Pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh doktor mengidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS.

Kecacatan, Pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan angota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS. Tetapi sekiranya kecacatan mereka menjadi penghalang, pelajar-pelajar tersebut hendaklah digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai bagi mereka.

Kelas Agama, Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas agama di waktu pagi/petang, satu penyesuaian terhadap aktiviti KRS hendaklah diadakan. Untuk tujuan ini, Pengetua hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan.