Guru Pembina Negara Bangsa

Guru Pembina  Negara Bangsa. Itulah tema sambutan Hari Guru 2010, 16 Mei yang jatuh pada hari Ahad. Sebagai meraikan para guru, SMK Teluk Bahang telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 17 Mei 2010. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru yang lengkap dengan busana bertema hitam putih.

Majlis tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran kenderaan polis yang membawa dua orang pelajar sekolah. Rupa-rupanya itu hanyalah gimik perasmian sambutan hari guru tahun ini. Selepas itu, doa dibaca oleh Ustaz Zainul Akramin. Seperti biasa, tidak lengkap sambutan hari guru tanpa ucapan daripada YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan juga ucapan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom yang disampaikan oleh Cik Farah Wahida dan Puan Santhi. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ikrar hari guru yang dipimpin oleh Mr. Lee diikuti dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa oleh semua guru.

Acara seterusnya ialah acara sukaneka melibatkan guru-guru. Antara acara yang dipertandingkan ialah boling kelapa, kukur kelapa, basikal tua, hiasan sejadah dan lain-lain. Semangat kesukanan jelas terpancar di wajah semua guru yang memberi komitmen padu dalam bersukaneka. Majlis ditangguhkan sebentar untuk pelajar-pelajar berehat sebelum disambung dengan persembahan pelajar.

Pelbagai persembahan menarik daripada pelajar diadakan sepanjang majlis. Antaranya ialah nyanyian, deklamasi sajak dan penyampaian anugerah kepada guru-guru diikuti dengan jamuan untuk guru-guru yang ditaja oleh PIBG sekolah. Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar dan amat menghiburkan. Semua guru-gur SMK Teluk Bahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Badan Pengawas SMK Teluk Bahang, PIBG sekolah dan semua pihak yang telah membantu menjayakan sambutan ini secara langsung dan tidak langsung. 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3131401
TodayToday515
YesterdayYesterday1383
This WeekThis Week4162
This MonthThis Month27944
All DaysAll Days3131401
54.158.248.167

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.