Jom Pi Sekolah

                Kes ponteng di sekolah-sekolah agak meruncing dewasa ini. Maka dengan itu, pada 3 Jun 2010, Pengetua SMK Teluk Bahang, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad sendiri telah turun padang meluangkan masa untuk melawat ke rumah pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang yang ada rekod ponteng tegar bersama dua orang lagi ahli skuad “Jom Pi Sekolah” iaitu Penolong Kanan HEM, Ustaz Siroj dan Kaunselor, Puan Hanita pada jam 11 pagi hingga 1 tengahari.

 

 

                Tujuan utama program ini adalah untuk:

i)                    mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar

ii)                   meningkatkan kesedaran akan kepentingan mengikuti arus pendidikan.

iii)                 membantu pelajar dari semua aspek agar dapat membentuk generasi yang cemerlang akademik dan sahsiah.

                Dalam program ini, tuan pengetua sendiri telah turun naik flat dan keluar masuk kampung untuk menjayakan kempen “Jom Pi Sekolah” ini. Lawatan ini adalah merupakan fasa pertama yang memfokuskan kepada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan awam akhir tahun ini.

 

                Kunjungan pengetua dan skuad “Jom Pi Sekolah” disambut baik oleh semua ibu bapa pelajar-pelajar tersebut. Perbincangan ringkas telah diadakan untuk menerangkan masalah ponteng serta risiko yang akan diterima oleh pelajar-pelajar yang ponteng. Semua ibu bapa akur dan berjanji untuk memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah selepas ini.

                Pengetua telah menawarkan segala bentuk bantuan termasuklah kewangan dan khidmat nasihat asalkan pelajar-pelajar tersebut ingin meneruskan persekolahan bagi meningkatkan prestasi anak-anak Teluk Bahang.

 

                Hasil daripada lawatan ke rumah pelajar Tingkatan 5, Nur Syuhaidah binti Ahmad, didapati pelajar ini sedang menghadapi masalah keluarga. Ibu pelajar ini telah meninggal dunia danpelajar ini baru sahaja kehilangan abangnya, seorang OKU yang telah terlantar sakit sejak kecil. Lebih menyukarkan apabila ayah pelajar ini baru sahaja dimasukkan ke Hospital Besar Pulau Pinang sewaktu kunjungan dibuat dan pelajar ini terpaksa menjaga segala keperluan ayahnya keseorangan.

 

               Sekiranya terdapat insan-insan yang terdetik hati untuk menyalurkan bantuan, sila salurkan melalui pihak sekolah. Semoga laporan ini akan membuka mata dan minda masyarakat Teluk Bahang untuk lebih prihatin dan membantu anak-anak Teluk Bahang berjaya dalam kehidupan.

                “Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan”

Lain-lain gambar 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225648
TodayToday211
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5070
This MonthThis Month31667
All DaysAll Days3225648
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.