Sambutan Hari Koperasi

Koperasi SMK Teluk Bahang telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan dikendalikan oleh Cik Lai Mei Ling. Pada awal penubuhan, koperasi SMK Teluk Bahang haya menjual buku-buku dan peralatan sekolah. Kini, selepas 8 tahun, koperasi sekolah yang dibantu oleh Puan Yap Kok Fen dan guru-guru pembantu yang lain, Puan Nur Farah, Cik Lili Arlina dan Cik Farah Wahida semakin berkembang apabila mula melebarkan sayap operasi ke asrama sekolah.

Bertemakan "Kreativiti dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah", SMK Teluk Bahang telah menyambut Hari Koperasi pada 1 Julai 2010. Perhimpunan khas pada pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang dan bacaan doa. Selepas itu, pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad telah menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah 2010.

Tidak lengkap sambutan tanpa perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Yang Dipertua Angkasa. Selepas ini majlis diteruskan dengan pengiktirafan Koperator Tahunan Terbaik kepada saudari Nur Asmahan bt Ismail dan saudara Mohd Syarafi bin Azimi.

Pada hari itu juga, pelbagai pertandingan telah diadakan. Antaranya ialah, pertandingan melukis poster dan pelbagai aktiviti sukaneka yang sangat menghiburkan. Semua acara mendapat sambutan yang memberangsangkan dari seluruh warga sekolah. Semoga sambutan Hari Koperasi ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Klik untuk gambar-gambar lain

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132607
TodayToday512
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5368
This MonthThis Month29150
All DaysAll Days3132607
54.161.91.76

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.