Jalinan Kasih

Pada tahun ini, sekali lagi SMK Teluk Bahang mengadakan majlis Jalinan Kasih dengan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Tujuan utama majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mendekatkan lagi warga IQRA dengan pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Majlis yang bermula jam 3 petang pada 1 Julai 2010 ini telah dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri, Tuan Haji Ibrahim Mohamad beserta pegawai-pegawai di JPN dan PPD Barat Daya dan Timur Laut. Turut menjayakan majlis adalah semua guru-guru dan pelajar asrama SMK Teluk Bahang.

Semua tetamu dihidangkan dengan buah durian yang dimakan bersama pulut memandangkan sekarang adalah musim bagi raja buah tersebut. Selain buah durian, buah rambutan dan roti jala beserta kari ayam turut disediakan. Semua tetamu kelihatan bergembira dengan hidangan dan layanan yang diberikan. 

Diharapkan agar majlis seumpama ini diteruskan lagi pada tahun akan datang.

Gambar-gambar lain.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227635
TodayToday960
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week7057
This MonthThis Month33654
All DaysAll Days3227635
54.145.117.60

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.