Majlis Permuafakatan Iqra 2010

Pada 2 Julai 2010, bertempat di Bilik Persidangan SMK Teluk Bahang, telah diadakan Majlis Permuafakatan Iqra dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pada majlis ini, ibu bapa mengambil keputusan peperiksaan pelajar dan berbincang dengan guru tentang masalah anak mereka di sekolah.

Selain itu, majlis pada malam ini juga diadakan untuk memberi pengetahuan serta pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai kepentingan pada semua mata pelajaran yang mempunyai PBS seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan juga Katering. Hal ini kerana masih ramai pelajar yang tidak mengambil serius akan kepentingan PBS dan mengambil sikap sambil lewa.

Oleh itu, taklimat mengenai PBS yang disampaikan oleh Cikgu Zaleha selaku Penolong Kanan Pentadbiran diharap dapat membangkitkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan ibu bapa. Sesungguhnya semua pihak berperanan dalam memastikan kejayaan seseorang pelajar.

Gambar-gambar lain

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225652
TodayToday215
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5074
This MonthThis Month31671
All DaysAll Days3225652
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.