Hari Kecemerlangan IQRA

Seperti tahun-tahun sebelumnya, selepas peperiksaan pertengahan tahun akan diadakan Hari Kecemerlangan untuk memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan potensi dalam peperiksaan. Pada tahun ini, tanggal 23 Julai 2007 telah dipilih sebagai Hari Kecemerlangan Iqra yang bertempat di Dewan Persidangan SMK Teluk Bahang. Semua penerima hadiah segak dan cantik dengan busana tradisional yang lengkap.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Pulau Pinang serta bacaan doa. Selepas itu, pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad menyampaikan ucapan diikuti ucapan oleh YDP PIBG, Encik Abdul Majeed bin Sharif. Sebelum penyampaian hadiah, hadirin dipersembahkan dengan dendangan marhaban oleh kumpulan marhaban asrama SMK Teluk Bahang. Selepas selesai acara penyampaian hadiah, kumpulan pelajar Tingkatan 1 dan  5 mengadakan persembahan koir yang menarik.

Semoga seluruh warga IQRA akan lebih berusaha untuk meningkatkan pencapaian terutama dalam bidang akademik.

Gambar-gambar lain


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227396
TodayToday721
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6818
This MonthThis Month33415
All DaysAll Days3227396
54.224.102.26

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.