Lawatan Penanda Aras Ke SK Santan, Perlis

Pada 3 Julai yang lalu, Kelab Guru dan Staf SMK Teluk Bahang telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Santan, Perlis. Lawatan yang diikuti oleh seluruh guru dan kakitangan IQRA bertujuan untuk melihat Pusat Sumber SK Santan yang telah menempa kejayaan di peringkat kebangsaan dalam tempoh tiga tahun.

Rombongan bertolak dari Teluk Bahang pada jam 7 pagi dan tiba di SK Santan kira-kira jam 11 pagi. Ketibaan kami disambut baik oleh warga SK Santan yang diketuai oleh Penolong Kanan 1 mereka pada hari tersebut sebelum dipertontonkan dengan video mengenai pusat sumber sekolah tersebut. Selepas itu, kami dibawa melawat ke pusat sumber SK Santan. Apa yang menarik di sekolah ini ialah, segenap penjuru sekolah adalah ruang pusat sumber termasuklah kantin sekolah. Hal ini dapat dilihat apabila ruang permukaan meja turut dihiasi dengan bahan bacaan pelajar.

 

Selain itu, bangunan pusat sumber ini masih mengekalkan bangunan asal sekolah tersebut. Menurut guru pusat sumber sekolah tersebut, kejayaan ini bukanlah hasil one-man show tetapi adalah hasil kerjasama yang jitu dan padu dari segenap warga sekolah. Semoga apa yang dilihat di sekolah ini dapat menjadi panduan untuk sekolah kita menempa kejayaan yang sama.

 Klik untuk gambar-gambar lain


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225758
TodayToday321
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5180
This MonthThis Month31777
All DaysAll Days3225758
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.