Hari Iqra' Insani

Pada 31 Julai lalu, telah diadakan Hari Kemuncak Kokurikulum SMK Teluk Bahang 2010 atau dikenali sebagai Hari Iqra Insani sebagai penutup kepada semua aktiviti kokurikulum bermula jam 8 pagi.

Hari Iqra Insani telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Hilmi bin Hj. Yahaya, ADUN Teluk Bahang. Selain itu, pada hari ini juga, Dataran Kejat di mana tempat berlangsungnya pelbagai aktiviti seperti perhimpunan dan kawad secara rasminya telah dimasyhurkan sebagai Dataran Tuan Haji Abdul Malek bersempena dengan nama Pengetua SMK Teluk Bahang yang pertama, Tuan Haji Abdul Malek b Othman.

 

(YB Dato' Dr. Hilmi merasmikan Hari Iqra Insani)

 

(Tn. Haji Abdul Malek merasmikan Dataran Tuan Haji Abdul Malek

 

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada hari ini seperti jualan makanan oleh Kelab dan Persatuan di sekolah, pameran ular, rumah hantu, pertandingan futsal, motorkid, tayangan filem Upin dan Ipin, pameran-pameran daripada badan-badan GO dan NGO, jualan daripada wakil Maxis, Teh 888, Avon dan sebagainya. 

Program yang berakhir jam 4 petang ini telah berjaya hasil usaha padu semua guru di SMK Teluk Bahang yang memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan hari Iqra Insani. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan lebih baik lagi.

Gambar-gambar lain


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260497
TodayToday287
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1033
This MonthThis Month25562
All DaysAll Days3260497
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.