Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang

Bersempena dengan Program Ihya’ Ramadhan, semalam, 12 Ogos 2010 bersamaan dengan 2 Ramadhan 1431H telah diadakan satu majlis berbuka puasa bersama-sama dengan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Dalam majlis ini, pengarah turut ditemani oleh isteri dan juga Ketua-ketua Sektor, Pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya dan Timur Laut. Ketibaan tetamu-tetamu disambut meriah oleh semua guru.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa. Selepas itu, pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad memberi ucapan aluan dan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian semua tetamu terutamanya Tuan Pengarah yang sudi datang dari jauh ke majlis berbuka puasa SMK Teluk Bahang.         

Kemudian, tuan pengarah menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Program Ihya Ramadhan 1431H. Dalam majlis ini, tuan pengarah turut menyempurnakan acara penyerahan sumbangan untuk anak-anak yatim. Sumbangan ini adalah hasil derma ikhlas seluruh warga Iqra.

Sebelum masuk waktu berbuka puasa, para hadirin diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Faizwan Aizad, Tingkatan 3. Setelah itu, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Tuan Haji Osman bin Hussain telah menyampaikan tazkirah berkenaan dengan amalan berpuasa dan sifat taqwa yang perlu ada dalam kalangan umat Islam untuk meraih kejayaan. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Haji Osman atas input yang sangat bermakna.

Selepas berbuka dengan air dan kurma, semua hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menikmati jamuan berupa nasi beriani, ayam goreng berempah dan daging masak hitam. Terima kasih kepada  Tuan Haji Shukor yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah berbuka.

Selesai menjamu selera, semua tetamu yang hadir turut sama-sama menunaikan solat Isyak dan tarawih berjemaah. Sebelum pulang, sekali lagi hadirin dihidangkan dengan jamuan moreh. Secara keseluruhannya, majlis berjalan lancar. Semoga semua yang hadir beroleh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. 

Klik untuk gambar lain.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260497
TodayToday287
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1033
This MonthThis Month25562
All DaysAll Days3260497
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.