Kunjungan Titian Kasih 1

Pada pagi 19 Ogos bersamaan dengan 10 Ramadhan 1431H, Pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad telah mengadakan kunjungan ke rumah seorang pelajar sekolah kita, adik Mohd Azib bin Md Nor dari Tingkatan 1 KRS 5 yang telah tercedera semasa membakar sampah di rumahnya 10 Ogos lalu.

 

Kejadian yang berlaku pada hari pertama bulan Ramadhan itu memang tidak terduga dan mengakibatkan adik Mohd Azib mengalami kecederaan di bahagian muka. Adik Mohd Azib juga bernasib baik kerana tidak cedera di bahagian mata.

Dalam kunjungan yang turut disertai oleh Penolong Kanan HEM, Ustaz Siroj, Guru Kelas 1KRS5 , Encik Mohd Bahtia dan kaunselor sekolah, Puan Hanita dan Cik Yazmira, adik Mohd Azib sudah kelihatan sihat dan luka di mukanya juga telah semakin baik. Encik Abdul Rashid juga telah menyampaikan sumbangan kepada ibu adik Mohd Azib. Semoga adik Mohd Azib cepat sembuh dan kembali ke sekolah.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260492
TodayToday282
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1028
This MonthThis Month25557
All DaysAll Days3260492
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.