Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-51

Hari Kemerdekaan merupakan satu hari yang bersejarah bagi setiap warganegara Malaysia. Melalaui sambutan Hari Kemerdekaan, pelajar-pelajar dapat diterapkan semangat cintakan tanahair dan menghargai sumbangan tokoh-tokoh  yang telah berjasa kepada Negara. Para pelajar juga diasuh untuk mengisi kemerdekaan secara bermakna mengikut acuan kita sendiri selaras dengan budaya dan nilai-nilai ketimuran.

Justeru, pada 29 Ogos yang lalu telah diadakan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang berakhir pada 18 September 2010. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotik di kalangan warga sekolah, menyemai semangat perpaduan, mencungkil bakat pelajar dan menyambut Hari Kemerdekaan.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad. Pada majlis itu, pengetua telah melepaskan burung daripada dalam sangkar yang simboliknya kemerdekaan adalah milik semua.

Pelbagai acara menarik diadakan pada pagi itu seperti deklamasi puisi kemerdekaan, nyanyian lagu patriotisme, teka watak, koir dan juga drama bertemakan kemerdekaan. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini dapat dikekalkan sehingga ke akhirnya.

Klik untuk gambar lain.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225655
TodayToday218
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5077
This MonthThis Month31674
All DaysAll Days3225655
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.