PMR 2010

Bermula 5 Oktober, Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah bermula. Bagi yang bersedia, detik inilah yang ditunggu-tunggu. Sebelum peperiksaan PMR, pelbagai program berbentuk akademik dan kerohanian telah diadakan.

 

 

Pada hari Khamis, 30 September, telah diadakan Majlis Mohon Restu untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua pelajar Tingkatan 3 berjumpa dengan semua guru dan memohon agar didoakan berjaya di dalam PMR. Pada majlis ini juga, pengetua, Encik Abdul Rashid bin Abdul Samad telah menyampaikan amanat terakhir beliau kepada semua pelajar Tingkatan 3. Di samping itu, pihak sekolah telah menyampaikan alat tulis kepada semua pelajar. Alat tulis ini adalah sumbangan seorang Hamba Allah yang telah sudi menderma kepada pihak sekolah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada beliau. 

Sebelah malam pula, telah diadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat bertempat di surau sekolah. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru SMK Teluk Bahang, waris-waris dan juga para pelajar Tingkatan 3. Untuk semua calon PMR, seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan anda semua dalam PMR. Buat sehabis baik!!!  

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132178
TodayToday83
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week4939
This MonthThis Month28721
All DaysAll Days3132178
108.162.216.190

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.