Jom Masuk Kampung

Pada 2 November lepas, satu program yang diberi nama "Jom Masuk Kampung" telah diadakan dengan kerjasama PIBG sekolah. Program ini diikuti oleh Penolong Kanan HEM SMK Teluk Bahang, Ustaz Mohd Siroj, AJK PIBG sekolah, En Dhahir Hussain dan Puan Noraini, Ustaz Tajuddin, Cikgu Khairul Faizi, Puan Yap, Cikgu Sayadevi dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Teluk Bahang.

Dalam program yang julung-julung kali diadakan ini, ahli rombongan telah melawat ke 5 buah rumah keluarga di sekitar Teluk Bahang untuk memberi sedikit bantuan. Rumah-rumah yang dipilih ialah rumah keluarga yang kurang berkemampuan dan kurang upaya dan juga berdasarkan sumbangan mereka kepada masyarakat Teluk Bahang.


Antara rumah-rumah yang dilawati ialah rumah Hajah Sarah yang mengajar Al-Quran kepada anak-anak di Teluk Bahang dan rumah Pak Din atau lebih dikenali sebagai Pak Din Kompang yang sering mengajar permainan kompang kepada penduduk Teluk Bahang. Pak Din kini telah lumpuh dan tidak boleh bercakap hanya duduk di atas kerusi roda. Isteri beliau juga sering sakit sejak kebelakangan ini. Namun begitu, semasa kunjungan dibuat, Pak Din tidak lokek dengan senyuman yang mesra.


Program ini telah memberi inspirasi baru kepada warga IQRA dan PIBG sekolah untuk lebih dekat dengan masyarakat sekitar. Semoga usaha murni ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dan lebih ramai pihak akan tampil bekerjasama dan sama-sama menyumbang untuk masyarakat di sini. 

Lain-lain gambar

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132607
TodayToday512
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5368
This MonthThis Month29150
All DaysAll Days3132607
54.161.91.76

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.