Selamat Datang Pelajar Tingkatan 1

Pada 2 Jan 2011 iaitu tepat jam 9 pagi, ibu dan bapa pelajar baru tingkatan 1 SMK Teluk Bahang telah berkumpul di SMK Teluk Bahang bagi menghadiri sesi taklimat kemasukan pelajar tingkatan 1 dan seterusnya menghantar anak-anak untuk menetap di asrama bagi yang menginap di asrama. Majlis diisi dengan aktiviti taklimat oleh PKHEM, Ust. Siroj dan Tuan Pengetua (En. Abdul Rashid Abdul Samad). Kemudian, majlis disusuli pendaftaran masuk ke asrama, pembelian buku-buku sekolah di koperasi dan pembelian uniform KRS. Kepada pelajar-pelajar baru, SMK Teluk Bahang mengalu-alukan kedatangan anda dan selamat datang diucapkan manakala kepada pelajar lama, selamat kembali ke sekolah. Jaga disiplin anda, kurangkan masalah dan tingkatkan prestasi. Majlis selesai pada jam 1 petang.

 

Laporan : Cik Nurrozaimie Zainoddin

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225652
TodayToday215
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5074
This MonthThis Month31671
All DaysAll Days3225652
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.