Program Sehari Bersama Jabatan Mufti Pulau Pinang

TARIKH:22-23 JANUARI 2011

MASA: 9.00 PAGI(22 JAN) HINGGA 8.00 PAGI (23 JAN 2011)

TEMPAT: MASJID JAMEK TELUK BAHANG

ANJURAN: Belia 4B Teluk Bahang dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang

Pada 22 dan 23 Januari 2011, asrama putera SMK Teluk Bahang telah melibatkan diri dengan komuniti Teluk Bahang dalam program sehari bersama Jabatan Mufti Pulau Pinang. Program ini bermula pada 22 Januari dan tamat pada 23 Januari 2011. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tgh dengan bengkel pengiraan kiblat yang disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Mufti Pulau Pinang. Program ini bersambung pada sebelah petang dengan penglibatan seramai 52 orang pelajar putera dan diiringi oleh Cikgu Faizi dan Cikgu Bahtia telah mengambil bahagian dalam pameran tentang pencerapan bulan dan bintang. Program diteruskan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah dan disusuli dengan bicara ilmiah bersama Sahibul Samahah Dato Mufti Pulau Pinang dengan membicarakan kitab jual beli.

Selain itu pada sebelah malam pula diadakan cerapan bulan dan bintang melalui alat teleskop yang dibawa dari pusat ilmu falak bagi pelajar-pelajar mengambil bahagian. Program ini diteruskan dengan qiamulail yang diadakan pada jam 4.00 pagi diikuti dengan solat subuh berjemaah dan kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz dari Jabatan Mufti Pulau Pinang.Program berakhir jam 8.00 pagi. Pihak penganjur turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak asrama kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan program ini.

 

Laporan disediakan oleh:

En.Mohd Khairulfaizi B. Abd Rasid

Ketua warden


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260495
TodayToday285
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1031
This MonthThis Month25560
All DaysAll Days3260495
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.