LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Bismillahirrahmanirrahim…

24 Julai 2014 – Setiap tahun Program Bersamamu akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan bagi membantu keluarga pelajar dan beberapa buah keluarga yang miskin dan memerlukan. Hasil kutipan bahan kering dan wang daripada semua warga sekolah telah salurkan kepada warga miskin dalam bentuk makanan asasi seperti beras, tepung, minyak dan keperluan dapur yang lain. Usaha murni ini diharap dapat berterusan pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua guru dan staff, para pelajar serta warga IQRA atas sumbangan yang diberikan.

SEDEKAH MEMBUKA PINTU REZEKI”