Pelancaran GPS dan PBS Cemerlang 2012

Pelancaran GPS dan PBS Cemerlang 2012

 

 

Pada hari khamis 16 Feb 2012, Pelancaran GPS dan PBS Cemerlang Tingkatan 3 dan 5 dengan jayanya telah diadakan di bilik persidangan SMK Teluk Bahang.
Majlis dihadiri oleh guru-guru, waris pelajar tingkatan 3 & 5, pihak PIBG serta pengerusi masjid bagi mendengar sesi taklimat mengenai isu GPS dan PBS yang menjadi keutamaan pihak SMK Teluk Bahang bagi memartabatkan sistem pendidikan yang cemerlang.

Majlis bermula pada pukul 8.30 malam dengan bacaan doa,slot ucapan pengerusi PIBG, dan sesi taklimat GPS dan PBS yang telah disampaikan oleh PK Pentadbiran Puan Zaleha Binti Abdul Rahman.

Pelbagai pandangan ibu bapa dan guru-guru dilontarkan dan dikongsi bersama bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan perkara tersebut dan akhir sekali slot pengisian borang  kajian selidik diadakan kepada ibu-bapa bagi mengetahui masalah-masalah anak-anak jagaan mereka dalam pembelajran di rumah. Malis telah berakhir pada jam 10.15 malam..

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada waris-waris yang sudi datang dengan memberikan komitmen yang baik kepada pihak sekolah.

 

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225770
TodayToday333
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5192
This MonthThis Month31789
All DaysAll Days3225770
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.