Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia

Pada hari Rabu, 21 Mac 2012, satu majlis penyerahan netbook kepada semua pelajar yang kurang mampu melibatkan 161 orang pelajar  SMK Teluk Bahang telah dijalankan di Bilik Persidangan yaang bermula pada pukul 3 petang. YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahya selaku Adun Teluk Bahang telah menyempurnakan majlis penyerahan netbook kepada pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang sebagai mencapai hasrat YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang telah melancarkan inisiatif peruntukan sejumlah RM 1 billion daripada dana khidmat sejagat atau USP (Universal Service Provision) yang digunakan untuk mengagihkan netbook kepada pelajar yang kurang mampu seluruh Negara.

Objektif utama bagi Negara dalam penyerahan netbook tersebut adalah untuk mencapai sasaran penembusan jalur lebar pada kadar 75% menjelang akhir 2015 dan pada tahun lepas iaitu Mei 2011, bagi SMK Teluk Bahang peratusan yang telah berjaya dicapai dalam pemberian netbook ialah sebanyak 40%.


Di samping itu, program ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang digital antara masyarakat di luar bandar mahupun bandar. Sejajar dengan itu, pihak Celcom telah bekerjasama dengan kerajaan serta menawarkan pelbagai jenis internet prabayar SimCard RM 25.00 SKMM dan Modem dengan harga berpatutan sebagai salah satu syarat dalam penyerahan netbook tersebut.


Sasaran adalah pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dengan keutamaan diberi kepada pelajar sekolah menengah dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM 3,000 sebulan dan belum pernah menerima bantuan netbook bagi mencapai matlamat “1 Keluarga 1 Netbook”. Semua penerima netbook telah dimaklumkan bahawa netbook yang diterima tidak boleh dijual dan tidak boleh digunakan untuk tujuan yang negatif seperti melayari laman web yang tidak sepatutnya serta menghargai pemberian oleh pihak kerajaan. Semoga dengan pemberian netbook ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik mahupun sahsiah dan seterusnya menjadi kebanggaan negara satu masa nanti.



Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225655
TodayToday218
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5077
This MonthThis Month31674
All DaysAll Days3225655
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.