KEPUTUSAN SPM 2011 (TAHNIAH!)

LAPORAN DARI: PN. HANITA BT. HALIM (KAUNSELOR)

PADA HARI RABU, 21 MAC 2012 IALAH HARI BERSEJARAH KEPADA SEMUA CALON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011. KEPUTUSAN SPM TELAH DIUMUMKAN PADA HARI TERSEBUT. SMK TELUK BAHANG TELAH MENGUMUMKAN KEPUTUSAN TERSEBUT PADA JAM 10.30 PG DI PERKARANGAN PARKIR BERBUMBUNG , DAN DIURUSKAN OLEH GURU KELAS MASING-MASING. RAMAI CALON SPM 2011 YANG HADIR DAN TIDAK SABAR-SABAR UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN SPM MASING-MASING.

SEKOLAH TELAH MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. GRED PURATA SEKOLAH (GPS) TELAH MENINGKAT KE 5.77 DARI 6.73 PADA TAHUN SEBELUMNYA. PENINGKATAN PERATUS GPS SEBANYAK 14% DAN MENJADIKAN SMK TELUK BAHANG SEKOLAH YANG KEDUA TERTINGGI SELEPAS SMK TAMAN WIDURI . PENCAPAIAN BAGI GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP) JUGA TURUT MENINGKAT.

KEPUTUSAN SPM PADA TAHUN 2011, TELAH MENCATAT SEJARAH APABILA 3 ORANG PELAJAR TELAH MEMPEROLEHI 5A.  MEREKA IALAH SITI NOORASMIDA BT RAMLEE DARI KELAS 5 MEJAR YANG MEMPEROLEHI GPS 2.78, NOOR HANISZA BT JAMARUDDIN DARI KELAS 5 BRIGADIER YANG MEMPEROLEHI GPS 2.9, DAN AHMAD KHAIRUL WAFI BIN OSMAN JUGA DARI KELAS  5 BRIGADIER YANG MEMPEROLEHI GPS 3.2.

SERAMAI 6 ORANG YANG MENDAPAT 4A DALAM SPM.MEREKA IALAH

  1. Ain’nur Thasya Nadira bt Baharuddin
  2. Ezzati Syazwani bt Elias
  3. Indra Saputra Ismail
  4. Muhamad Syahmi bin Khairulazman
  5. Natasya Ameera bt Mohd Isa
  6. Nazzatul Shahirah bt Mat Saad

SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA CALON SPM 2011 DIATAS KEJAYAAN YANG TELAH DICAPAI. JUTAAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DIATAS KERINGAT YANG TELAH DICURAHKAN OLEH SEMUA GURU DAN WARGA IQRA DALAM MEREALISASIKAN KEJAYAAN INI.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132609
TodayToday514
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5370
This MonthThis Month29152
All DaysAll Days3132609
54.161.91.76

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.