PROGRAM “SMART CAMP” 2012

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)    

Tarikh : 23 hingga 25 MAC 2012


Tempat : Pendang Lake Resort, Kedah Darul Aman

Anjuran : Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Bahagian Pembangunan Insan

 

Alhamdulillah, SMK Teluk Bahang telah menerima satu jemputan program anjuran PERDA dan telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam yang mana memfokuskan kepada program kepimpinan dan pembentukan sahsiah dalam usaha melahirkan pelajar yang berpotensi untuk maju dalam akademik dan akhlak.

 

Peserta yang terpilih daripada SMK Teluk Bahang adalah seramai 36 orang yang terdiri daripada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Ini untuk membantu para peserta dalam usaha meningkatkan motivasi untuk belajar dan secara tidak langsung menekankan aspek pendidikan mampu mengubah cara hidup seseorang untuk masa depan yang cerah. Program tersebut turut melibatkan beberapa buah sekolah yang lain di sekitar Pulau Pinang. Para peserta yang terlibat adalah hampir 130 orang yang dipimpin oleh para fasilitator yang terdiri daripada pegawai-pegawai PERDA, pelajar UTP dan pelajar USM. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antara adalah Dinamika Kumpulan, Malaysia Cergas, Cerita Bergambar, Kembara, Si Buta Sayang, Setia Kasih dan sebagainya. Setiap aktiviti yang dilaksanakan mendapat kerjasama yang baik daripada semua para peserta.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PERDA yang telah menganjurkan program ini dan diharapkan para peserta dapat menimba pengalaman baru serta mampu memimpin diri untuk menjadi pelajar yang hebat dalam akademik serta sahsiah untuk kehidupan yang lebih baik.


*Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan maka kejayaan akan datang dengan keberkatanNya*


~AL MADRASATI HABIBATI~

 

 

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225755
TodayToday318
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5177
This MonthThis Month31774
All DaysAll Days3225755
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.