KEJOHANAN BOLA JARING MSSPP ZON BARAT DAYA 2012

Laporan dari :

Cik Nurrozaimie Zainoddin

Pengurus Pasukan Bola Jaring SMKTBG 2012

 

   

Pada 27 Mac 2012 (Selasa), telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring MSSPP Zon Barat Daya 2012 di Padang SMK Teluk Bahang. Pada tahun ini, SMK teluk Bahang memegang peranan sebagai tuan rumah. Ini merupakan kelebihan kepada pasukan sekolah untuk merebut peluang menumpaskan pasukan lawan. Harapan pengetua, ibu bapa serta seluruh warga IQRA ingin melihat kejayaan mereka merupakan satu tekanan dan pencetus semangat serta mencabar keberanian pasukan berhadapan dengan pihak lawan. Sekolah telah menghantar dua pasukan iaitu kategori bawah 15 tahun dan 18 tahun. Cikgu Nurul Nazwa selaku jurulatih bersama-sama pengurus pasukan Cikgu Nurrozaimie dan Cikgu Santhi telah memulakan latihan selama 2 bulan. Usaha ini amat diharapkan agar membuahkan hasil.

Pada peringkat pertama perlawanan, pasukan sekolah berjaya menumpaskan lawan dan melayakkan ke peringkat suku akhir dan separuh akhir. Sokongan dan sorakan padu daripada guru-guru serta murid-murid SMK Teluk Bahang menaikkan semangat pasukan sekolah. Setelah sekian lama sekolah sepi dari kutipan pingat, akhirnya SMK Teluk Bahang mencatat rekod dengan pungutan pingat Perak bagi kategori bawah 15 tahun dan pingat Gangsa bagi kategori 18 tahun. Walaupun tidak berjaya mendapat Emas yang diimpikan, tetapi keputusan ini boleh dibanggakan dan seluruh warga IQRA mengucapkan tahniah kepada para pemain yang berjaya.

Berikut adalah jadual keputusan perlawanan bola jaring SMK Teluk Bahang:

 

Bil

Masa

Perlawanan

Gel

Umur

Mata

1.

8.30 pg

SMK Sungai Ara

Lwn

SMK Teluk Bahang

A

15

3-3

2.

9.30 pg

SMK Teluk Bahang

Lwn

SMK Maahad

A

15

5-3

3.

10.00pg

SMK Pondok Upeh

Lwn

SMK Teluk Bahang

C

18

3-8

4.

11.00pg

SMK Teluk Bahang

Lwn

MRSM

C

18

10-5

5.

¾ akhir

SMK Teluk Bahang

Lwn

MRSM

B

15

7-3

6.

¾ akhir

SMK Teluk Kumbar 2

Lwn

SMK Teluk Bahang

C

18

7-10

7.

½ akhir

SMK Teluk Kumbar 2

Lwn

SMK Teluk Bahang

A

15

3-5

8.

½ akhir

SMK Teluk Bahang

Lwn

SMV Balik Pulau

C

18

10-7

9.

Akhir

SMK Teluk Bahang

Lwn

SMK Sungai Ara

A

15

1-9

10.

Akhir

SMK Teluk Bahang

Lwn

SMK Seri Balik Pulau

C

18

3-10

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227472
TodayToday797
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6894
This MonthThis Month33491
All DaysAll Days3227472
54.162.139.105

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.